Sunday, 27 May 2012

Klasik nostalgia

1. Game lompat gelung api (ketagih tau takkk??)
2. Mario (memang legend!)
3. Game kereta kebal (x tau nama)
4. CONTRA!! (favourite!)
5. Game motor (direct motor aku tunggang terbalik ja langgar bukit tu)
6. Race car paling epic (memang dengki selalu letak kita kat belakang sekali kann)

game legoku...i miss them, selalu buat rumah, kandang kuda, seronok tak hingat..:)

WOW! semua cartoon ikut tone warna..:)

AHAH! Ini game tembak2, memang rasa macam james bond bila dapat tembak burung/itik yang berterbangan..;p


Sekian entri malas aku...malam ni ada grand dinner PROTON! (my hostel name, cool right? ok ='=!) The theme, guess what? CARTOONS! ahaha, style ni, let see who will be crowned as the king & queen of cartoons for tonight! :)

P/s: kalau rajin aku hapdate pasal grand dinner CARTOON yepp.....kartun kartun...

Saturday, 26 May 2012

Vade (Vada) Masalode India

Tak tau apa sebab post ni, mungkin tiba-tiba teringat kuih vade/wadeh, vadeh/i/r, apa2 jerla...yang pasti sangat sedap dekat kedai tak jauh dari rumah cheq, ngeeee..:)

Dengan isinya yang rangup, lembut, setiap kunyahan membawa satu perasaan yang tak dapat digambarkan..perrghh! Dah macam iklan tv!

Awww, I miss VADEI!! Please come to me! Tau apa itu vadei/vada, nah tatap gambar puas2, sumber ihsan mama google..:)




Nak resepi buat vade a.k.a vada?? Terus lah ke LINK RESEPI VADEI...
^____^ selamat mencuba!


Yang masalode itu ape benda plak? Mesti penah dengar kan, another indian cuisine atau kuih wajib bagi kaum India, ini yang ada kacang dhal, kurang suka sket tapi kalau kena cara buat & menepati citarasa, memang layyann....=) Sekali dengan resepi cilok dari JINTAN MANIS cheq kasi...sebab nak buat tak penah cuba lagi, theeeee





Bahan-bahannya

1 bungkus kacang dhal ( tak ingat lak berapa gram...giant pack)
2 biji cili kering di potong halus
1 biji bawang merah besar dihiris
2 sudu besar jintan manis ditumbuk pecah-pecah
5 tangkai daun kari
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya

1) Rendam kacang dhal sampai kembang, cuci dan toskan. Tumbuk kasar kacand dhal dan ada sebahagian  
    yang lumat utk bagi kacand ni melekat bila kita kepalkan nanti.
2) Masukkan cili kering, bawang, daun kari, jintan manis dan garam secukup rasa.
3) Gaul rata dan bolehlah dkepal2kan seperti bentuk cucur badak. Goreng dengan minyak penuh.
4) Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.



That's all santapan mata petang ni...hehe, cuba jangan x cuba, tak penah rasa? Baik korang pegi cari cepat! Sangat terbaikkk..:)

P/s: I think vada is the correct word, sebab taip vada at mama google, resultnya lagi memberangsangkan...hehehe

Thursday, 24 May 2012

Koleksi duit lama (FOR SALE!!)


Assalamualaikum semua,

Lama dah farz nak post berkaitan koleksi duit lama, tertangguh-tangguh...jom cuci2 mata dengan hobi baru cheqq...ehehe

Kalau berminat nak dapatkan koleksi extra ni boleh tengok
lagi pelbagai gambar DI SINI SINI SINI


Nanti entri lain post duit negara asing plak ker...:) InsyaALLAH, memang menarik plak belajar macam2 berkaitan ilmu numismatik, error coins, condition of coins & notes, circulation, mintage (keluaran) etc...^___^


no siri ladder kah (12345)? maybe..:)

running number..:)

5577788

blank planchet...dua-dua belah kosong..:)

close up sikit..

coins error! hehehe

50 sen 1967,68,69 (Security edges)

$1 lama (1971, 1985)

muka depan

Friday, 18 May 2012

A-LEVEL? AUSMAT? Apa itu?

Assalamualaikum...

Agak jarang post entri di freshie belok, tapi seperti yang dijanjikan, nak cerita mengenai A-LEVEL, AUSMAT dan seangkatannya (peringatan: ini bukan entri fakta yang anda inginkan, sekadar entri pemerhatian aku sepanjang 2 tahun melalui pengalaman dan dikelilingi rakan-rakan seperjuangan..:D)

A-level tu apa wei? Macam matriks kah? Atas pada STPM ke? Dan pelbagai lagi soalan bagi mereka yang tak tahu,  A-LEVEL aku kategorikan sebagai persediaan untuk melanjutkan pengajian ke luar negara (negara-negara tertentu seperti US dan UK).

Macam mana nak apply masuk A-LEVEL? Aku bernasib baik kerana diberi peluang oleh pihak JPA sepanjang 2 tahun pengajian di Kolej Damansara Utama, Petaling Jaya. Permohonan biasiswa luar negara diluluskan selepas beberapa peringkat dijalankan dan makluman untuk program A-level diterima selepas kira-kira dua minggu aku di Kolej Matrikulasi P. Pinang (KMPP). Waktu tu dalam bulan 6 tak silap..:)


Belajaq apa kat sana ooii? 4 subjek maksimum ditaja oleh JPA, paling kurang perlu ambil 3 subjek. Antara subjek yang telah aku 'hadam' selama dua tahun, ECONOMY, MATHS, HISTORY & LAW. Oh yaa, lupa nak habaq, aku ditawarkan Degree in TOURISM MANAGEMENT, jadi kena buat persediaan dua tahun dulu dan ikut silibus cambridge (macam kementerian pendidikan di UK). [Jangan tanya apa kena mengena subjek law dan ijazah aku dalam pelancongan...;P]



Dalam kelas LAW, with lecturer paling sempoi! :)


Susah tak blajaq A-level? Mesti mahal kan? Lifestyle camna? Macam kat Uni ker? Woooo, chill2...banyak sangat soalan tu. Firstly, MEMANG susah bagi aku, semua subjek dalam ENGLISH of course, aku dah cuba yang terbaik tapi takdir aku tetap berada di bumi Malaysia..:) Second, tanya bab kos? Yup, mencecah 5 angka sepanjang dua tahun aku di situ. Terima Kasih JPA, tanpa biasiswa tu, tak mungkin aku dapat ilmu yang sangat tak ternilai di sana dan aku mampu praktikkannya di UUM sekarang..:)
student history dengan gaya HITLER..:)
Third and fourth, lifestyle memang relax, ada ja masa lapang, tak terlalu stress melainkan waktu exam..hehe. Very different from university lifestyle, no assignment, no projects, etc. It just you, study, friends, presentations, programs, fun & much more...:)

Bercuti di PD...best!



Wanita melayu terakhir?? Huhh, =P


 Ok, that's the end of the story...woiii2, mana cerita AUSMAT huhh?? Ohh, I have no experience about AUSMAT, hehe, but I got some of my friends studying for AUSMAT and actually AUSMAT stands for Australian Matriculation. Jadi makanya mereka yang belajar AUSMAT akan fly ke AUSTRALIA semestinya. Subjek yang dipelajari, lifestyle, kos lebih kurang sahaja dengan A-Level..
Aww, miss all of you!
Itu penerangan serba ringkas yang mampu aku terangkan. Apa-apa pun memang pengalaman di KDU sangat berharga dan terima kasih kepada lecturer-lecturer yang sangat awesome! Ms Sathya, Ms Hema, Mrs Elsie, Mr. Thiru, Mrs Angeline etc...And to all of my friends yang dah fly, all the best kawan! Jangan lupa cheq kat sini...=)




Our memories last forever & ever!

Friday, 11 May 2012

Falsafah #6: Komitmen



 sangat sesuai buat diriku pada masa sekarang...komitmen bukan benda mainan bukan juga satu khayalan....andai tak mampu harap berterus terang, jangan biar orang tertunggu-tunggu, mengharapkan yang tak mendatang...:)

 Komitmen dalam hidup, kepada diri sendiri, orang lain dan yang tersayang...jangan suka-suka melepaskan tanggungjawab tersebut, berani buat berani tanggung yer..=)

p/s: ok, entri luahan apa ntah, nanti sambung cerita A-level, hehe